Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kamal Affandi Hashim (gambar) bimbang kewujudan penjualan patung seks kanak-kanak kerana mungkin menjurus ke arah jenayah pedofilia. Foto: Facebook Kamal Affandi.

Bendung penjualan patung seks menyerupai kanak-kanak, elak jenayah pedofilia

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 3 Julai: Isu penjualan dan pembelian patung seks yang menyerupai kanak-kanak secara dalam talian baru-baru ini agak mengejutkan dan harus diteliti lebih serius.

Penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim berkata, perkara ini akan menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat kerana ia mungkin menjurus ke arah jenayah pedofilia, iaitu kecenderungan untuk melakukan aktiviti seksual terhadap kanak-kanak.

“Jika fantasi sedemikian (patung seks kanak-kanak) tidak dapat memuaskan hati pelaku itu, kemungkinan seterusnya dia bertindak mencari manusia sebagai sasaran,” katanya ketika dihubungi TVS, hari ini.

Tambah Kamal, satu langkah bagi membendung perkara berkenaan adalah dengan mewujudkan pusat mengatasi masalah ketagihan dalam kalangan masyarakat.

“Saya melihat perkara ini secara objektif misalnya kita perlu memikirkan untuk menubuhkan pusat ketagihan kerana bukan sahaja ketagihan seksual seperti ini boleh menjadi ancaman akan datang.

“Jika kita ada pusat sedemikian maka perkara ini dapat diuruskan dengan tata kelola lebih baik,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berharap agar orang ramai turut memainkan peranan masing-masing dan sentiasa peka dengan situasi sekeliling bagi memastikan perkara buruk dapat dicegah.

Jika tiada tindakan, tegasnya, ia boleh memberi kesan buruk terhadap masyarakat. – TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found