Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa sesi bergambar Majlis Merarau Ngiling Tikai di Sri Aman, hari ini. Foto: TVS

Projek Jiwa Murni di Sarawak bermula pertengahan Julai ini – Ahmad Zahid

ByConnie Grace

SRI AMAN, 2 Julai: Jalan-jalan yang dibina menerusi Projek Jiwa Murni di Sarawak yang telah rosak akibat dilalui lori balak akan dinaik taraf bermula pertengahan Julai ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, projek berkenaan dilaksanakan Kementerian Desa dan Wilayah (KKDW) bersama Kerajaan Sarawak.

“Ini merupakan satu projek yang melibatkan kawasan pedalaman di Sarawak, bagi memudahkan rakyat kita balik ke kampung sebelum merayakan perayaan Krismas tahun ini,” katanya pada sidang media selepas Majlis Merarau Ngiling Tikai di sini, hari ini.

Beliau yang juga Menteri KKDW ditanya apakah perkembangan Projek Jiwa Murni di Sarawak.

Mengulas lanjut, beliau berkata, jalan-jalan yang dijangka dinaik taraf itu melibatkan kawasan di Kuala Mendalam, Limbang, jalan Ba’kelalan ke Bario dan jalan di Sepupuk, Niah.

“Jalan-jalan yang akan kita naik taraf ini merupakan jalan yang tidak lagi dilalui oleh kenderaan berat (lori) pembalakan dan ini penting sebagai jalan utama untuk ke kawasan pedalaman,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan