Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menghadiri Pengerami Ngiling Tikai Rumah Panjang Enteri Lengkoi, Samu Ulu Paku Betong hari ini. Foto: Mohd Nur Khairuddin

Pelajari falsafah ‘Segulai Sejalai’ masyarakat Dayak – Ahmad Zahid

ByFebbright James

BETONG, 2 Julai: Rakyat Malaysia harus belajar dari masyarakat Dayak mengenai falsafah ‘Segulai Sejalai’, demikian menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, falsafah ini harus menjadi pegangan yang mampu menyatupadukan rakyat dan memperkukuhkan pembangunan negara.

“Falsafah ‘Segulai Sejalai’ harus dipelajari kerana ini adalah pegangan terbaik agar tidak timbul masalah dalam kalangan rakyat yang menyebabkan keadaan berpecah belah. Kita perlu membina kekuatan dalam kalangan kita,” katanya pada Pengerami Ngiling Tikai di Rumah Enteri Lengkoi di Samu Ulu Paku Betong hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah turut mengingatkan rakyat agar tidak melayan sebarang titik perbezaan antara mereka sebaliknya mempertahan titik persamaan demi menyelesaikan masalah.

“Keserasian dan kesefahaman penting dalam menjamin keamanan. Kalau kita lihat bagaimana rumah-rumah panjang ini melahirkan tokoh-tokoh yang baik kerana dasar Tuai Rumah di setiap rumah panjang di Sarawak yang sering menyokong golongan berkuasa.

“Siapa pun yang menjadi kerajaan, mereka menyokong golongan berkuasa kerana jika mereka anti golongan berkuasa, akan mengundang padah kepada anak-anak buah mereka,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan pembangunan dan keamanan akan mudah dicapai apabila wujudnya kerjasama yang baik antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak.

Tambahnya, orang lama seharusnya memahami aspirasi generari baharu manakala generasi baharu harus terus menghormati orang lama.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan