Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Mukah untuk bedah siasat. Foto: IPD Mukah

Pejalan kaki maut dipercayai jadi mangsa langgar lari

MUKAH, 2 Julai: Seorang lelaki tanpa identiti maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 74, Jalan Sibu-Bintulu, Selangau di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 6.30 pagi itu, mangsa ditemukan telah meninggal dunia dipercayai dilanggar lari sebuah kenderaan.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias berkata, mangsa yang merupakan pejalan kaki dipercayai seorang lelaki tempatan dan identitinya belum dikenal pasti.

“Siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku ketika mangsa melalui jalan raya berkenaan telah dilanggar sebuah kenderaan dipercayai bergerak dari arah Bintulu menuju ke Sibu.

“Mangsa yang belum dipastikan identitinya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa tidak memakai baju dan hanya berseluar pendek ketika ditemukan dalam keadaan terbaring di tengah jalan raya.

Menurutnya lagi, tempat kejadian adalah sebahagian daripada jalan raya Pan Borneo jalan dua hala lurus dan rata.

“Polis sedang mengesan waris mangsa dan mayat dibawa ke Hospital Mukah untuk tindakan lanjut serta bedah siasat,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil ke balai polis berdekatan untuk membantu siasatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Rahmat Jalimin di talian 011-316271237 atau talian Ibu Pejabat Polis Daerah Mukah di 082-871222.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan