Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Majlis Pengerami Ngiling Tikai Kaban Menyadi di Chalet Gua Longhouse pada sebelah pagi. Foto: TVS

Ngiling Tikai berpotensi jadi acara tahunan pelancongan

MIRI, 2 Julai: Acara Ngiling Tikai merupakan acara penutupan sambutan Gawai Dayak setelah sebulan meraikannya bagi komuniti kaum Dayak yang merupakan tradisi turun-temurun.

Kaunselor Majlis Bandaraya Miri (MBM), Raymond Jenang berkata, acara ini dilihat mempunyai potensi untuk dijadikan sebagai salah satu acara tahunan dalam kalendar pelancongan Bandaraya Miri.

Kaunselor Raymond Jenang menerima cenderamata dari Presiden Kaban Menyadi, Thomas Inau Patrick Agus. Foto: Persatuan Kaban Menyadi

“Kita mahu melihat acara Ngiling Tikai Gawai Dayak ini nanti dimasukkan sebagai salah satu acara tahunan dalam kalendar pelancongan Bandaraya Miri seperti Bazar Gawai. Kita boleh membuat lebih besar dan meriah lagi. Perkara yang penting kita harus membentuk satu pasukan yang mantap dan saling bantu-membantu,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa membaca teks ucapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin dalam Majlis Pengerami Ngiling Tikai Kaban Menyadi di Chalet Gua Longhouse, semalam.

Tambahnya, acara ini bukan sahaja mengetengahkan budaya dan adat ke luar negeri Sarawak, tetapi juga membantu meningkatkan sosioekonomi penduduk yang meraikannya.

“Acara malam ini boleh kita jadikan satu platform untuk kita mengetengahkan budaya dan adat kita ke luar negeri Sarawak. Kita boleh menjemput pelawat dan tetamu dari luar negeri kita dan secara tidak langsung, kita dapat membantu meningkatkan sosioekonomi rakan-rakan kita khasnya,” katanya lagi.

Seramai 28 Persatuan Bukan Kerajaan (NGO) Dayak yang menghadiri program Ngiling Tikai dari pelbagai latar belakang di Sarawak termasuk dari negeri jiran Sabah dan negara Brunei Darussalam.

Antara aktiviti yang diadakan seperti Ngetas Ranyai, Ngajat, Miring, Niki ke Pengabang dan pelbagai persembahan budaya bagi memeriahkan sambutan penutupan Gawai dan sebagai medium para tetamu dan NGO untuk bergaul bersama.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan