Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hasbi sempat meninjau keadaan pejabat APM Limbang. Foto: TVS.

KDN perlu tambah baik aset APM Limbang – Hasbi

LIMBANG, 2 Julai: Ahli Parlimen Limbang, Datuk Hasbi Habibollah meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menambah baik aset Angkatan Pertahanan Awam (APM) Limbang dalam melancarkan lagi operasi menyelamat kepada masyarakat di kawasan berkenaan.

Hasbi berkata, APM Limbang pada masa ini memerlukan sebuah lagi kemudahan kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenis pikap (hilux) untuk memudahkan lagi aktiviti menyelamat khususnya ketika berlaku bencana seperti banjir.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan berkata, kemudahan sebuah lagi 4WD itu dapat digunakan untuk menarik empat buah bot APM jika banjir berlaku.

“Kalau boleh kita memohon kepada kementerian supaya menghantar sebuah lagi 4WD dan kegunaanya untuk menarik bot mereka bila ada kecemasan banjir dan sebagainya kerana kita memang memerlukan,” katanya ketika ditemui media Pada Majlis Perasmian Kursus Asas Siri Satu 2023 di Pejabat Pertahanan Awam Daerah Limbang semalam.

Hadir sama pada program itu ialah Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang Leftenan (PA) Mirwan Shah Masri.

Katanya, pada masa ini APM Limbang mempunyai kekuatan aset sebuah lori, satu unit 4WD jenis pikap, van ambulans, empat buah bot penyelamat untuk memperkasa aktiviti menyelamat kepada masyarakat ketika dilanda bencana seperti banjir dan sebagainya.

Hasbi juga mahu agar kerja-kerja memperbaiki kerosakan sebuah lori APM dapat dipercepatkan kerana kemudahan itu amat diperlukan untuk aktiviti penyelamatan.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan