Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Persatuan Badminton Kuching (KBA), Dr Ong Kong Swee merakamkan gambar bersama speaker pada Forum dan Bengkel Sukan Antarabangsa Sarawak (SISFWO) 2023, di Kuching, hari ini. Foto: Zaim Zharfan (TVS)
Presiden Persatuan Badminton Kuching (KBA), Dr Ong Kong Swee merakamkan gambar bersama speaker pada Forum dan Bengkel Sukan Antarabangsa Sarawak (SISFWO) 2023, di Kuching, hari ini. Foto: TVS

KBA, KLBA jalin kerjasama tingkat pembangunan sukan badminton

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 2 Julai: Persatuan Badminton Kuching (KBA) akan berkolaborasi dengan Persatuan Badminton Kuala Lumpur (KLBA) dan persatuan badminton negeri-negeri lain dalam usaha melaksanakan program berkaitan pembangunan sukan tersebut terutamanya di peringkat antarabangsa.

Presidennya, Dr Ong Kong Swee berkata, langkah itu adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti khususnya di Sarawak mengenai perkongsian idea, kaedah dan aplikasi sains sukan dalam latihan melibatkan sukan badminton.

“Saya rasa ia merupakan idea yang baik, seterusnya kita juga akan mengadakan pertandingan atau mungkin melaksanakan program perkongsian jurulatih antara negeri, daerah atau bahagian.

“Jadi ia satu langkah yang baik, kita mahu bergerak ke hadapan untuk membangunkan sukan badminton di Sarawak khasnya dan Malaysia amnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas berucap pada Majlis Penutupan Forum dan Bengkel Sukan Antarabangsa Sarawak (SISFWO) 2023 di sini, hari ini.

Turut hadir, Presiden KLBA, Dato Sri Dr. Jahaberdeen Mohamed Yunoos dan Pengarah Prestasi Tinggi KLBA, Suhaimi Sun Abdullah.

Sementara itu, menurut Suhaimi, KLBA mempunyai satu program yang dikenali sebagai ‘Jejak Juara’, iaitu program pembangunan atlet jangka panjang selama lima tahun yang turut ingin dikongsikan dengan negeri Sarawak.

“Melalui program tersebut, kita akan mempunyai satu ekosistem ataupun program jangka masa panjang yang dapat dibina untuk masa depan anak-anak berkaitan sukan badminton,” katanya. -TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found