Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah UKAS Samuel Simon ( dua kiri) menyampaikan bakul buah tanda penghargaan kehadiran Datuk Roland Sagah Wee In ( dua kanan) disaksikan Datuk Willie Mongin (tengah). Foto: TVS.

Jangan baca, kongsi berita palsu – Samuel

SERIAN, 2 Julai: Masyarakat dinasihatkan supaya tidak membaca dan berkongsi apa-apa berita palsu yang tidak diketahui kesahihannya, kata Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Samuel Simon.

Merujuk perkara itu, katanya, baru-baru ini Sarawak dikejutkan dengan berita palsu kononnya pemimpin nombor satu negeri ini Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sedang nazak.

Menurutnya, beliau turut menerima banyak persoalan dari pelbagai pihak mengenai kesahihah berita tersebut yang jelas tidak benar.

“Berita tersebut adalah tidak benar, kita jangan membaca dan berkongsi apa-apa juga berita palsu, berita yang melibatkan Tun Taib itu tidak ada pengarangnya. Buku ada pengarangnya, berita ada pengarangnya dan sekiranya berita itu tidak betul kita boleh merujuk kepada pengarangnya. Tetapi ini langsung tidak ada nama.

“Kalau kita menerima berita seperti ini, jangan kita baca dan kongsi dengan orang lain sebab kita akan bersubahat menyebar berita palsu,” katanya ketika berucap pada program Gati Bisindi (Ke Sini Untuk Bersatu) anjuran UKAS bersama penduduk Kampung Rituh Labuan, di sini, hari ini.

Samuel turut meminta orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang tepat menerusi saluran yang betul antaranya menerusi UKAS mahupun saluran televisyen tempatan seperti TVS.

Antara yang hadir Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Roland Sagah Wee In dan Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin.

Willie yang satu ketika dahulu pernah bersama barisan pembangkang sebelum menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) selaku parti tunjang kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Ogos tahun lalu turut meminta orang ramai agar tidak menyebarkan berita palsu dengan tujuan untuk menghasut.

“Saya dahulu pun pernah menjadi pembangkang. Dulu kita jadi pembangkang memang tidak saya malu menerima hakikat kita diajar untuk menghasut.

“Tetapi saya sudah sedar, dan pada hari ini saya sedar bahawa kerajaan kita yang terbaik adalah kerajaan daripada kepimpinan Sarawak sendiri,” katanya lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan