ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing bergambar bersama yang lain pada Majlis Perasmian Gereja, semalam. Foto: UKAS.

Gereja Methodist Iban Pasar Bintangor berwajah baharu

BINTANGOR, 2 Julai: Impian penduduk Meradong khususnya di kawasan pasar Bintangor untuk menikmati gereja baharu akhirnya menjadi kenyataan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM1.2 juta melalui geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) dan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi tujuan pembinaannya.

Katanya, rumah ibadat yang selesa tersebut mampu memuatkan 350 penganut dalam satu-satu masa.

“Bantuan dari segi kewangan di bawah MRP dan juga RTP yang berjumlah RM1.25 juta untuk pembinaan gereja tersebut.

“Syukur kepada Tuhan kerana segala bantuan yang disalurkan telah berjaya membina sebuah bangunan Gereja Methodist Iban Pasar Bintangor yang telah lama diimpikan,” katanya pada Majlis Perasmian Gereja, semalam.

Tambahnya, pada masa yang sama Kerajaan Sarawak melalui Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) juga telah menyumbangkan dana sebanyak RM550,000.

Beliau juga berharap aktiviti kerohanian yang dijalankan lebih lancar dan sempurna dengan adanya gereja baharu berkenaan.

Beliau juga turut menyumbang geran MRP sebanyak RM30,000 bagi melengkapi kekurangan infrastruktur bangunan gereja yang masih baharu itu.

Turut hadir sama, Pengerusi Gereja Methodist Iban Pasar Bintangor, DSP Sekam Anoi, Pegawai Tabdir Pejabat Daerah Meradong, Ting Kai Sing, Pengarah UNIFOR, Datu Jack Aman Luat dan mantan Pengarah UNIFOR, Richard Lon. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan