KUCHING, 1 Julai: Program pencarian peragawati di Sarawak yang diselaraskan oleh sebuah syarikat acara fesyen tempatan diadakan di sini dengan matlamat utama iaitu mencari jelitawan dari Timur Malaysia untuk beraksi di pentas Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2023.
Menurut Pengasas KLFW, Andrew Tan, Sarawak mempunyai banyak potensi, kreativiti selain kepelbagaian budaya untuk ditawarkan dalam industri fesyen.
“Tujuan saya berada di sini adalah untuk menyokong syarikat acara fesyen tempatan itu kerana setiap tahun minggu fesyen KL kami pasti akan menganjurkan pencarian model KL jadi setiap tahun kami mengadakannya kerana kami ingin mencari muka baharu untuk model berpotensi untuk berjalan di landasan minggu fesyen KL.
“Saya rasa Kuching telah mencipta momentum kerana jika anda melihat dari segi kreativiti, budaya dan seni, saya rasa Kuching mempunyai banyak tawaran malah saya rasa Kuching telah berkembang begitu banyak dan terdapat begitu banyak keterujaan tentang Kuching jadi sudah tentu saya fikir di sini adalah penting untuk saya memainkan peranan saya” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Program Pencarian Model KLFW 2023 bertempat di Urban Residences di sini pada Sabtu.
Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan rasa teruja untuk berkolaboratif dengan Sarawak kerana keunikkan yang ada di negeri ini.
KLFW merupakan Ahli Rasmi Majlis Fesyen Komanwel dan sejak 2013 dan telah menjadi satu platfrom yang berjaya melahirkan pereka fesyen dan jenama Malaysia untuk mempamerkan rekaan terbaik dan terkini mereka.
KLFW 2023 bakal diadakan pada 21 hingga 27 Ogos 2023 di Kuala Lumpur. – TVS