Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mirwan menyerahkan cenderamata kepada Datuk Hasbi pada Majlis Perasmian Kursus Asas Siri Satu 2023 di Pejabat Pertahanan Awam Daerah Limbang. Foto: TVS

Limbang perlukan mesin pencetak kad pengenalan – Hasbi

LIMBANG, 1 Julai: Ketiadaan mesin pencetak kad pengenalan di daerah Limbang menyebabkan pengeluaran dokumen penting itu tidak dapat diproses pada masa ini.

Ahli Parlimen Limbang Datuk Hasbi Habibollah berkata proses mencetak kad pengenalan bagi penduduk Limbang terpaksa dilakukan di Miri yang mengambil masa dua minggu sebelum di hantar ke daerah berkenaan.

“Di Limbang dari sejak dahulu kita tiada dibekalkan dengan mesin pencetak kad pengenalan, semua untuk pembuatan kad pengenalan dicetak di Miri dan selepas dua minggu di hantar ke Limbang.

“Saya difahamkan Miri, Sibu, Sarikei, Kuching dan Bintulu semua ada mesin pencetak kad pengenalan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Kursus Asas Siri Satu 2023 di Pejabat Pertahanan Awam Daerah Limbang pada Sabtu.

Menurutnya masalah yang membelenggu penduduk Limbang sejak sekian lama itu akan disuarakan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Tambah Hasbi Limbang amat memerlukan kemudahan mesin pencetak agar pengeluaran kad pengenalan dapat dilakukan di Limbang kerana dokumen itu amat diperlukan untuk urusan penting dan urusan lintas sempadan setiap hari.

“Saya di sini memang meminta dan saya sendiri akan berjumpa dengan KDN sendiri, sebab sudah beberapa kali yang sebenarnya dari dulu disuarakan untuk memohon supaya mesin cetak kad pengenalan ada di Limbang,” katanya lagi.

Sementara itu menurut Hasbi bagi pengeluaran kad pengenalan kanak-kanak (MyKid) bagi bayi baharu lahir di negara ini turut ditangguhkan susulan masalah kekurangan bekalan mikrocip yang turut terkesan di peringkat global sejak pandemik Covid-19 melanda dunia.- TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan