Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lelaki memandu kereta di bawah pengaruh alkohol ditahan selepas gagal melepasi ujian pernafasan EBA. Foto: JSPT IPD Sibu

Lelaki memandu di bawah pengaruh alkohol ditahan

SIBU, 1 Julai: Seorang lelaki yang memandu di bawah pengaruh alkohol ditahan selepas melalui ujian pernafasan menggunakan alat ‘Evidential Breath Analyzer (EBA)

Lelaki berusia 43 tahun terbabit ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Sibu dalam satu operasi iaitu ‘Op Mabuk’ di Jalan Channel pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, pemeriksaan ke atas individu berkenaan didapati positif alkohol selepas pemeriksaan kandungan alkohol dalam badannya melebihi had yang dtetapkan.

“Lelaki berkenaan didapati positif selepas gagal melepasi ujian saringan awal menggunakan alat SD2+ dan ujian kedua EBA iaitu kandungan alkohol dalam badan melebihi had yang ditetapkan” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Katanya, individu terbabit disiasat di bawah Seksyen 45A(1) Akta Jengangkutan jalan (APJ) 1987 iaitu memandu atau menjaga kenderaaan motor dengan kepekatan alkohol melebihi had yang ditetapkan.

Dalam operasi yang dijalankan selama tiga jam itu, pelbagai kesalahan dan tindakan saman telah diambil antaranya seperti kesalahan ubahsuai ekzos, kesalahan nombor pendaftaran dan tidak ikat topi keledar.

Menurut Zulkipli, pihak polis juga mengesan kesalahan lain seperti tidak mempamer pelekat ‘P’, tiada cermin sisi dan tiada lesen memandu,” katanya.

“Orang awam dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya dan jangan memandu ketika dibawah pengaruh alkohol demi menjaga keselamatan diri dan orang lain,” teganya.

Tegasnya, pihak polis tidak akan berkompromi dengan pesalah jalan raya dan tindakan tegas akan diambil ke atas mereka sekiranya didapati bersalah mengikut peruntukan undang-undang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan