Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pengawal keselamatan sebuah sekolah di Teluk Intan ditahan, kerana disyaki mencabul kehormatan seorang murid tahun satu di hadapan sebuah kelas, dalam satu kejadian di sekolah tersebut. Foto hiasan Envato

Kanak-kanak antara 35 PATI ditahan bolos sempadan negara

ByTVS

MANJUNG, 1 Julai: Seorang kanak-kanak antara 35 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang tidak sempat memasuki negara ini secara haram selepas ditahan polis ketika mendarat dengan sebuah bot di kawasan pesisir pantai Segari di sini, pada Jumaat.

Mereka yang terdiri daripada 24 lelaki, 10 perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki warga Indonesia itu dijumpai bersembunyi di kawasan kebun kelapa sawit yang berdekatan kira-kira pukul 9.45 pagi.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner (ACP) Mohamed Nordin Abdullah berkata, kejadian itu disedari orang awam yang melihat bot tersebut yang mencurigakan sebelum menghubungi polis.

“Hasil maklumat tersebut, pasukan polis telah melakukan pencarian sebelum menemui warga Indonesia itu yang sedang bersembunyi.

“Hasil siasatan awal terhadap salah seorang daripada tangkapan itu, polis berjaya menahan dua lelaki warga tempatan di sebuah restoran makanan laut di kawasan Kampung Bharu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Aktipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 serta Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959.

Sementara itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung, Inspektor Muhammad Sollehuddin Rahmat di talian 013-7908 995 bagi membantu siasatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan