Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gempa bumi berukuran 6.4 magnitud menggegarkan wilayah Yogyakarta, Indonesia tepatnya 86 kilometer dari kawasan Bantul.

Gempa bumi berskala 6.4 magnitud gegar Yogyakarta, Indonesia

ByTVS

JAKARTA, 1 Julai: Gempa bumi berukuran 6.4 magnitud menggegarkan wilayah Yogyakarta, Indonesia tepatnya 86 kilometer dari kawasan Bantul, pada Jumaat.

Gempa yang berlaku jam 7.57 petang waktu tempatan semalam itu dirasai hingga dua kali dengan gegaran kuat sehingga membuatkan penduduk di kawasan itu panik.

Berdasarkan keterangan Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia, pusat gempa dirasa pada kedalaman 25 kilometer dari darat.

Sementara menurut Ketua Pusat Gempa Bumi dan Tsunami BMKG, Dr. Daryono, hasil analisis mekanisme sumber menunjukkan bahawa gempa bumi mempunyai mekanisme thrust-fault atau kenaikan.

“Pemantauan kami menunjukkan terdapat lima gempa susulan dengan magnitud terbesar 4.5 magnitud dan mungkin masih saja boleh berlaku,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun tiada ancaman Tsunami akibat gempa berkenaan.

Badan Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) melaporkan kerosakan di beberapa kemudahan awam dan rumah namun jumlah kerugian sebenar belum diperoleh setakat ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan