Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kereta Perodua Kenari yang dipandu Mohammad Bazli terbakar di Jalan Ulu Oya petang Sabtu. Foto: TVS

Dua beranak terselamat, kereta dinaiki terbakar

SIBU, 1 Julai: Tindakan pantas seorang ayah membawa anaknya berusia tiga tahun keluar dari kereta telah menyelamatkan nyawa mereka apabila kereta yang dipandu tiba-tiba terbakar di Jalan Ulu Oya di sini petang tadi.

Dalam kejadian jam 5.15 petang itu, Mohammad Bazli Idris Alphonso, 33, bersama anak lelakinya sedang dalam perjalanan menuju ke Hospital Sibu.

Pada mulanya, Mohammad Bazli berkata, dia berasa kurang selesa selepas terhidu bau kurang menyenangkan ketika memandu sebelum bertindak memberhentikan kenderaan.

“Saya tidak berfikir panjang untuk bertindak segera membawa anak saya jauh dari kereta sebelum ternampak api mula marak membakar keseluruhan kereta.

“Nasib baik saya mengikut naluri saya untuk memberhentikan sahaja kereta di tengah jalan dan keluar bersama anak saya sehingga terlupa telefon bimbit saya tertinggal,” katanya yang sedang bercuti di sini sempena Hari Raya Aidiladha.

Sementara itu, Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Sibu, Penguasa Kanan Bomba (PgKB) Andy Alie berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 5.28 petang.

Menurutnya sepasukan 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membantu memadamkan api.

“Setiba di lokasi, komander operasi melaporkan sebuah kereta jenis Perodua Kenari telah terbakar 100 peratus di tengah jalan.

“Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan selepas dua beranak berjaya keluar dari kereta untuk menyelamatkan diri,” katanya.

Andy berkata, pasukan pemadam menggunakan satu aliran salur bantu mula air dari jentera abagi memadamkan kebakaran sehingga terkawal pada jam 5.52 petang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan