Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bersama Menteri Muda Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dr Ripin Lamat, Menteri Sains,Teknologi Inovasi Sabah Datuk Dr. Ariffin Mohd Arif dan pembantu Menteri Belia Sukan Sabah, Fairuz Rendan. Foto: JaPEN

400 anak Sarawak di Sabah sertai Jelajah Belia Sarawak 2023

ByTVS

KOTA KINABALU, 1 Julai: Sekitar 400 belia dalam kalangan mahasiswa universiti tempatan telah menyertai program Jelajah Belia Sarawak 2023 di Sabah,, hari ini.

Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata program itu dianjurkan bagi menyalurkan informasi pelan tindakan kerajaan Sarawak kepada mereka di sini.

Beliau berkata aspirasi golongan belia Sarawak yang menetap di Sabah turut diambil untuk diserahkan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Kita juga mahu menjangkau dimana ramai belia-belia Sarawak berada di Sabah dan kita mahu mendengar aspirasi belia untuk kita dapat menyalur informasi di kawasan luar Sarawak tentang apa yang dijalankan oleh kerajaan Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Majlis Jelajah Belia Sarawak Zon Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Sabtu.

Dalam pada itu, Abdul Karim turut optimis hubungan silaturrahim di antara pucuk kepimpinan tertinggi Sarawak dan belia Sarawak bertambah baik menerusi program seperti Jelalah Belia Sarawak 2022 dan 2023.

“Kita mendapati bahawa keakraban pucuk pimpinan ini makin rapat sekali, sebab itu saya rasa apabila kita mengaturkan program tertentu belia tidak menjadi masalah termasuk pilihanraya,” katanya.

Beliau turut berkata program ini merupakan jelajah di seluruh Sarawak bagi mengesan keperluan belia untuk masa depan terutama dalam pembangunan teknologi.

“Selain itu, ia memberi peluang kepada belia untuk meluahkan aspirasi mereka untuk membangunkan kawasan Kota kinabalu melalui dialog secara bersemuka bersama pemimpin,” jelasnya.

Tegas Abdul Karim, belia merupakan pewaris kepada kepimpinan masa depan yang akan mencorak pembangunan negara.

Terdahulu pelbagai pameran juga telah diadakan selain persembahan nyanyian dari artis terkenal sepanjang program diadakan.

Program Siri ke 22/23 itu dianjurkan oleh Kementerian Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) dengan Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS).-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan