Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi(dua,kiri) turut serta melapah daging korban yang akan di agihkan kepada golongan asnaf sekitar Kampung Bintawa. Foto: TVS

Waspada dengan tawaran pakej haji diluar kuota TH – Dr Abdul Rahman

KUCHING, 30 Jun: Bakal jemaah haji dinasihat berwaspada dengan individu atau mana-mana pihak yang menawarkan tiket atau pakej menunaikan ibadah terbabit diluar kuota yang diperoleh Lembaga Tabung Haji (TH).

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, tawaran sedemikian dikhuatiri akan  mengakibatkan perjalanan bakal jemaah haji yang terlibat tidak dapat dilaksanakan dengan baik.

Menurutnya pihak yang menawarkan perkhidmatan itu juga seharusnya bertanggungjawab untuk membawa jemaah haji dengan berhemah serta memastikan mereka terhindar daripada terlibat dalam penipuan pakej haji.

“Ia nya tidak mendatangkan sebarang kebaikan kepada mana-mana pihak malahan mendatangkan kerugian serta keresahan kepada mereka yang terlibat.

“Ini kerana mereka berhasrat untuk menunaikan ibadah Rukun Islam kelima ini namun disebabkan oleh aktiviti penipuan (pakej haji) maka mangsa tidak dapat menunaikan hasrat mereka,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai itu berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Ibadah Qurban di Surau Kampung Bintawa Tengah di sini pada Jumaat.

Terdahulu majlis menyaksikan tiga ekor lembu ditumbangkan seterusnya agihan daging korban melibatkan 74 penerima dalam salangaan asnaf dari tiga buah kampung sekitar iaitu Kampung Bintawa Hilir, Kampung Bintawa Tengah dan Kampung Bintawa Hulu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan