Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sesi penyerahan daging korban sumbangan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi disempurnakan wakil Astana Negeri Sarawak di Kuching, hari ini. Foto: Astana Negeri Sarawak

TYT, isteri, laksanakan ibadah korban untuk asnaf dan warga kerja Astana Negeri

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 30 Jun: Golongan asnaf dan warga kerja Astana Negeri Sarawak diraikan dengan penyerahan daging korban bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Kenyataan Astana Negeri Sarawak mendedahkan,  Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi telah menyumbang sebanyak enam ekor lembu bagi tujuan berkenaan.

“Pegawai Kanan Pentadbiran, Riziandy Nawai mewakili pekerja Astana menerima agihan daging korban di tempat parkir kereta Astana pada pagi Jumaat,” menurut kenyataan.

Dalam pada itu, Tun Taib serta isteri turut memperuntukkan sumbangan daging korban kepada 135 isi rumah di Serian.

“Penyerahan daging korban melibatkan sebanyak 28 bungkus di Kampung Darul Falah, 25 bungkus di Kampung Darul Huda dan 54 bungkus lagi di Kampung Darul Iman.

“Selain itu 28 buah isi rumah di kawasan Balai Ringin juga menerima sumbangan daripada Tun Taib serta isteri,” ujar kenyataan terbabit lagi.

Pada masa sama, Surau Hayatul Islam, Kampung Panglima Seman turut berpeluang menrima agihan daging korban manakala Kelab Belia Sadong Jaya serta Masjid Muttaqin juga terpilih untuk menerima sumbangan bagi kawasan Samarahan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan