Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tempoh pengasingan kes disahkan COVID-19 dipendekkan daripada tujuh kepada lima hari mulai 5 Julai ini, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa. Gambar hiasan: Envato.

Tempoh pengasingan COVID-19 dikurangkan mulai 5 Julai – Dr Zaliha

ByBernama

KUALA LUMPUR, 30 Jun: Tempoh pengasingan kes disahkan COVID-19 dipendekkan daripada tujuh kepada lima hari mulai 5 Julai ini, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Beliau dalam kenyataan pada Khamis berkata, ini kerana berdasarkan kajian mendapati infektiviti kes COVID-19 tinggi pada lima hari pertama.

Pemakaian pelitup muka dalam pengangkutan awam, fasiliti kesihatan tidak lagi wajib berkuat kuasa 5 Julai

Dr Zaliha juga berkata pesakit COVID-19 yang dahulunya diwajibkan memakai pelitup muka dalam kenderaan awam dan fasiliti kesihatan kini hanya dikehendaki (bukan wajib) memakai pelitup muka ketika berada di kedua-dua lokasi berkenaan.

Dr Zaliha bagaimanapun berkata pemakaian pelitup muka amat digalakkan bagi individu berisiko tinggi seperti warga emas, individu dengan penyakit kronik, individu dengan imuniti rendah atau ibu mengandung terutama ketika berada di tempat sesak dan kawasan pengudaraan kurang baik.

Katanya individu bergejala respirator juga amat digalakkan memakai pelitup muka  ketika berada dalam perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas, kereta api, kapal terbang, teksi termasuk perkhidmatan e-hailing, bas/van pekerja dan bas/van sekolah bagi mengelakkan jangkitan kepada orang lain.

Sementara itu, Dr Zaliha berkata status Kawasan Tempatan Jangkitan di Malaysia yang tamat hari ini, dilanjutkan untuk tempoh enam bulan lagi hingga 31 Dis 2023 walaupun penilaian situasi semasa COVID-19 berada pada tahap tidak membimbangkan dan perkhidmatan kesihatan tidak terbeban.

Beliau menjelaskan pelanjutan pengisytiharan itu masih diperlukan memandangkan terdapat risiko kemunculan varian dan subvarian baharu virus SARS-CoV-2 di negara ini.

“Selain itu, perhimpunan ramai yang dijangka berlaku semasa sambutan Hari Raya Aidiladha dan juga Pilihan Raya Negeri, berkemungkinan berisiko menyumbang kepada peningkatan kes dan membebankan sistem perkhidmatan kesihatan kerajaan jika langkah kawalan dan pencegahan tidak dilaksanakan sepenuhnya,” katanya.

Dr Zaliha juga memaklumkan bilangan kes baharu COVID-19 telah menunjukkan penurunan sebanyak 53.5 peratus (5,801 kes kepada 2,698 kes) dan kes kematian 35.3 peratus (17 kes kepada 11 kes) sejak lima minggu kebelakangan ini iaitu bermula Minggu Epidemiologi (ME) 21/2023 hingga ME 25/2023.

“Dari segi kapasiti hospital pula, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam dan pengisian katil fasiliti menurun manakala peratus pengisian katil Unit Rawatan Rapi (ICU) kekal stabil pada enam peratus pada ME 25/2023 berbanding ME 24/2023,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan