Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rakyat Malaysia di Jakarta berpeluang menyambut Hari Raya Aidiladha dengan mengadakan solat sunat pagi semalam. Foto: David Andreas (TVS)

Diaspora Malaysia rai Aidiladha, mengagih daging korban di Jakarta

ByTVS

JAKARTA, 30 Jun: Rakyat Malaysia di Jakarta berpeluang menyambut Hari Raya Aidiladha dengan mengadakan solat sunat pada pagi Khamis.

Bertempat di Kedutaan Besar Malaysia di sini, kira-kira 300 rakyat Malaysia berkumpul meraikan Aidiladha, diikuti dengan ibadah korban dan pengagihan daging korban.

Bertempat di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, sekurang-kurangnya 250 bag daging korban diagihkan. Foto: David Andreas (TVS)

Menurut Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin, aktiviti pengagihan daging korban itu bertujuan untuk mengeratkan hubungan baik dalam kalangan masyarakat setempat.

“Program ini memupuk semangat kerjasama dan mengeratkan hubungan antara kedutaan dan masyarakat sekitar,” katanya kepada TVS pada Khamis.

Menurutnya tiga ekor lembu dan 11 ekor kambing telah ditumbangkan pada majlis yang dihadiri pegawai jemputan, kakitangan dan ahli keluarga serta rakyat Malaysia di sini.

Kira-kira 250 bungkusan daging korban diagihkan ke penduduk sekitar kawasan berhampiran ibu pejabat kedutaan di Kuningan, Jakarta Selatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan