Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abang Johari tiba di Masjid Jamek Negeri Sarawak sekitar jam 7.50 pagi bagi menunaikan solat sunat Aidiladha. Foto: TVS.

Abang Johari sempurnakan Program Ibadah Korban Jabatan Premier Sarawak

ByOdleen Catherny

KUCHING, 30 Jun: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan Program Ibadah Korban anjuran Jabatan Premier Sarawak hari ini bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Program berkenaan dijayakan juga dengan kerjasama Yayasan Sarawak, Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-isteri (SABATI) dan Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Sarawak.

Simbolik Ibadah korban di perkarangan Dewan Sabati di sini turut disaksikan isteri Abang Johari, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Majlis turut menyaksikan agihan daging korban dan penyampaian sumbangan kepada 250 kakitangan Jabatan Premier Sarawak serta 30 golongan asnaf.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Francis Harden Hollis dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan