TUARAN, 29 Jun: Tuntutan waris Kesultanan Suku terhadap Sabah perlu dinoktahkan segera, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Beliau berkata Kerajaan Sabah tetap dengan pendirian untuk tidak mengiktiraf Kesultanan Sulu.
“Kerajaan Sabah dari awal lagi membuat kenyataan bahawa kita tidak pernah mengiktiraf tuntutan Sulu kepada negeri ini.
Kita dari awal bersama menubuhkan kerajaan Malaysia,” katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Tuaran, pada Khamis.
Dalam pada itu menurutnya keputusan Mahkamah “The Hague” menunjukkan waris Kesultanan Suku tidak mempunyai sebarang bukti untuk menuntut Sabah.
“Dengan keputusan dari Netherland itu maka kita berharap waris sultan yang membuat tuntutan itu perlu dinoktahkan kerana mahkamah di Netherland sudah membuat keputusan dan juga di Sepanyol menunjukkan mereka tidak mempunyai asas langsung untuk menuntut negeri sabah ini.
“Rakyat telah memutuskan untuk bersama-sama Malaysia dan ini telah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB).-TVS