Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Langkah penerjun negara Enrique Maccartney Harold terhenti apabila tidak berjaya menembusi kelompok 12 penerjun terbaik Foto: Reuters

Saya mahu menang pingat pada Sukan Asia – Enrique Maccartney

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 29 Jun: Atlet terjun negara, Enrique Maccartney Harold yang bakal membuat penampilan sulung pada Sukan Asia di Hangzhou, China September depan menyasarkan untuk meraih pingat.

Atlet berusia 18 tahun dari Sarawak itu yang mencuri tumpuan apabila meraih pingat emas pada Sukan SEA Kemboja baru-baru ini berkata, persiapan ke temasya berkenaaan berjalan lancar.

Enrique memaklumkan, ketika ini dia dan pasukan terjun negara berkampung di China untuk menjalani latihan selama tiga minggu.

“Sebenarnya selain Sukan Asia, saya juga akan bertanding buat kali pertama pada Kejohanan Akuatik Dunia 2023 di Fukuoka, Jepun pada Julai.

“Kejohanan di Jepun sangat penting kerana ia menjadi medan kelayakan ke Sukan Olimpik Paris tahun depan,” katanya kepada TVS baru-baru ini.

Ditanya mengenai perasaan berdepan dua kejohanan besar itu, Enrique mengakui sedikit gementar namun tidak sabar untuk bersaing bersama penerjun terbaik dunia.

“Dua pertandingan penting dengan misi berbeza, pada kejohanan dunia saya sasarkan untuk layak ke Olimpik manakala di Sukan Asia, saya mengintai peluang untuk tamatkan pertandingan pada kedudukan tiga terbaik,” katanya.

Enrique yang meraih emas menerusi acara 10 meter platform di Kemboja berkata, dia masih belum pasti acara yang akan ditandingi dan terpulang kepada keputusan jurulatih.

“Namun kesempatan berlatih di China ini sangat membantu kerana saya belajar teknik baharu daripada penerjun lain,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan