Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof (depan,dua,kiri) menunjukkan bungkusan daging korban yang akan diagihkan kepada golongan asnaf di sekitar kampung Kudei Lama, Satok, Kuching. Turut kelihatan ADUN Satok Datuk Ibrahim Baki (depan,tengah). Foto: TVS.

Kerajaan Persekutuan sedia bantu Sarawak wujudkan ladang ternakan lembu – TPM Fadillah

KUCHING, 29 Jun: Kerajaan Persekutuan bersedia membantu Sarawak mewujudkan ladang ternakan lembu sendiri sekiranya terdapat keperluan berhubung inisiatif tersebut.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, hasrat mewujudkan ladang ternakan di negeri ini bersandarkan beberapa faktor yang perlu diberi perhatian antaranya jenis baka lembu, pemakanan dan tapak yang bersesuaian untuk projek berkenaan.

Sarawak bakal wujudkan ladang ternakan lembu

Menurut Menteri Perladangan dan Komoditi itu walaupun sektor pertanian dan penternakan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan persekutuan namun ia tidak menghalang untuk beliau membantu sesuai dengan keperluan sektor terbabit di Sarawak.

“Sebab itu Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) di peringkat Sarawak kita membeli ladang di Australia sebab semua teknologi dan kemudahan ada di sana dan kita hanya membesarkanya di sini.

“Di sini kalau kita hendak buat secara besar-besaran kita perlukan bukan sahaja dari segi teknologi tetapi juga kepakaran. Itu yang lebih utama,” katanya.

Beliau ditemui selepas menunaikan solat Zohor dan menunaikan Ibadah Korban di Masjid Darul Ibadah Kampung Kudei Lama, di sini hari ini.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan (ADUN) Satok, Datuk Ibrahim Baki.

Dalam pada itu, Fadilah berkata, kepakaran serta penggunaan teknologi terkini dalam sektor tersebut perlu dikuasai terlebih dahulu agar penghasilan ternakan yang optimun dapat dilakukan yang seterusnya membantu mengurangkan kebergantungan kepada import lembu dari luar negara.

Perkara tersebut katanya merupakan sesuatu yang mampu dilaksanakan oleh Sarawak namun ia memerlukan masa serta perlaburan yang tinggi.

“Usaha ini memerlukan satu pelaburan yang besar ekoran kita perlu membawa teknologi, kepakaran khususnya dalam aspek pemakanan, penjagaan dan baka yang diperlukan untuk tujuan penternakan secara besar-besaran ini.

“Ia kerana kalau kita memiliki baka yang baik barulah ia dapat menghasilkan hasilan yang lebih baik,” katanya.

Terdahulu Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata Sarawak telah menyasarkan pengeluaran lembu sehingga 10,000 ekor menjelang 2030.

Jumlah itu menurutnya bagi mengurangkan kebergantungan untuk mengimport lembu-lembu dari Australia dan Sabah seperti yang dilakukan ketika ini.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan