Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abang Johari menyampaikan sumbangan daging korban kepada golongan asnaf pada Majlis Korban Perdana anjuran Majlis Islam Sarawak di Dewan Hikmah, di sini hari ini. Foto: Amirah Shawel (TVS).

207 asnaf sekitar Kuching terima sumbangan daging korban

ByAmirah Shawel

KUCHING, 29 Jun: Seramai 207 asnaf di sekitar bandar raya ini menerima sumbangan daging korban daripada Majlis Islam Sarawak (MAIS).

Sumbangan diserahkan menerusi Majlis Korban Perdana yang diadakan di Dewan Hikmah Petra Jaya di sini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut hadir menyaksikan majlis korban yang berlangsung di pekarangan dewan.

Abang Johari solat sunat Aidiladha bersama 5,000 umat Islam

Seramai 150 penerima dari sekitar Kuching manakala selebihnya diberikan kepada 12 orang asnaf di kawasan Astana dan 45 bagi asnaf di Sungai Laruh.

Sebanyak tiga ekor lembu telah disembelih untuk diberikan kepada golongan asnaf sebagai ibadah korban.

Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi serta Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datu Misnu Taha. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan