Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Lee Kim Shin melawat Tokong Hai Long Si di sini hari ini. Foto TVS.

Perayaan Sembilan Maharaja Dewa di Miri dijangka tarik ribuan pengunjung

MIRI, 27 Jun: Ribuan penganut agama Buddha dari seluruh dunia dijangka akan melawat Miri sempena penganjuran Perayaan Sembilan Maharaja Dewa pada 2025.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, Tokong Hai Long Si di sini diberi giliran untuk menganjurkan acara warisan berkenaan yang sudah berusia lebih seribu tahun itu.

Kata beliau, ketika ini pihak pengurusan tokong berkenaan sedang menyiapkan segala kemudahan yang diperlukan menjelang penganjuran acara itu.

“Acara kemuncak melibatkan Pameran Mohor Sembilan Maharaja Dewa yang menjadi tarikan istimewa bagi pengunjung,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir menyaksikan kerja-kerja pengubahsuaian patung naga di tokong berkenaan di sini hari ini.

Tokong Hai Long Si merupakan antara yang terbesar di Miri dengan pembinaannya menelan kos sekitar RM22 juta.

Sebelum ini Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) telah menyumbang RM2 juta semasa pandemik COVID-19 kepada pihak tokong bagi melaksanakan beberapa kerja pengubahsuaian.

Sementara itu, Kim Shin memberitahu, tokong itu turut mempunyai tarikan terbaharu susulan pembinaan dua struktur naga yang terbesar di tokong di Malaysia.

“Kedua-duanya dibina menggunakan sejuta keping porselin dengan cat yang tahan suhu tinggi bagi memastikan ketahanan pembinaan,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan