Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri pada sidang media di IPK Sarawak hari ini. Foto: Luqman Muhammad

Pegawai kanan polis berhibur di pusat hiburan positif dadah

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 28 Jun: Seorang pegawai kanan polis berpangkatĀ Asisten Superintendan (ASP) yang ditahan dalam operasi di sebuah pusat hiburan di Jalan Sungai Padungan, di sini Ahad lepas disahkan positif dadah.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, turut ditahan dua lagi anggota polis yang berpangkat sarjan dan koperal.

Kata beliau, ketiga-tiga suspek berdepan kemungkinan digantung tugas.

Operasi polis di Sungai Padungan: Dadah, sitaan cecah RM1.4 juta

ā€œMereka berusia antara 45 hingga 49 tahun kini disiasat di bawah Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 setelah ujian air kencing didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Azman memberitahu,Ā ketika ini suspek yang ditahan berada di bawah jaminan dan pihaknya masih menunggu laporan daripada pakar patologi.

Kata beliau, ketiga-tiga mereka ditahan ketika sedang berhibur di pusat hiburan berkenaan sewaktu serbuan dilakukan oleh sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan JSJN IPK Sarawak.

Serbuan berkenaan berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah membabitkan nilai rampasan dan sitaan mencecah RM1.4 juta.

Menerusi serbuan sama Mohd. Azman memberitahu, seramai 204 individu diperiksa danĀ 152 didapati positif dadah.

ā€œMereka yang positif dadah disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan