KUCHING, 28 JUN: Operasi ‘OP Lancar’ sempena Hari Raya Aidiladha 2023 berlangsung selama enam hari mulai semalam, 27 Jun hingga 2 Julai ini.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata operasi di seluruh negeri ini melibatkan kira-kira 400 orang pegawai dan anggota polis Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Sarawak bagi mengawal keselamatan pengguna jalan raya di negeri ini.
“Bagi memastikan kelancaran aliran trafik dikawal dan diselaras secara efektif, operasi ini akan memberi tumpuan kepada lokasi-lokasi strategik iaitu di 25 lokasi yang kerap berlaku kesesakan jalan raya termasuk lokasi kerap berlaku kemalangan jalan raya,” kata Mohd Azman pada sidang media di IPK Sarawak hari ini.
Sehubungan itu Mohd Azman menegaskan agar orang ramai diminta untuk merancang perjalanan yang selamat dan lancar di samping bersikap lebih bertanggungjawab terhadap keselamatan di jalan raya.
Antara titik panas kawasan yang sudah dikenal pasti polis Sarawak adalah;
KOTA SAMARAHAN
-Bulatan Medan Universiti
-Bulatan Hospital Pusat Jantung
-Bulatan ILP Kota Samarahan
-Lampu Isyarat Taman Tiya Vista
-Lampu Isyarat Taman Jalan Samarindah
-Lampu Isyarat Batu 8 Jalan Kuching – Serian
KUCHING
-Bulatan Upland/ Jalan Simpang tiga
-Lampu Isyarat Jalan Wan Alwi/ Jalan Urat Mata
-Bulatan Lingkar Luar
-Lampu Isyarat Jalan Foochow
-Lampu Isyarat Jalan Sungai Apong/ Sungai Priok
-Lampu Isyarat Jalan Mendu/ Jalan Batu Lintang
BINTULU
-Lampu Isyarat Jalan Tun Hussien Onn
-Lampu Isyarat Jalan Tanjung Kidurong
SIBU
-Lampu Isyarat Jalan Deshon/ Jalan Lim Kai Ching
-Lampu Isyarat Jalan Teng Tin Hua/ Brooke Drive
MIRI
-Lampu Isyarat Jalan Merbau
-Lampu Isyarat Bintang
-Bulatan Sehati
-Jalan Merbau Berhampiran Masjid
PADAWAN
-Lampu Isyarat Batu 6 Kuching Sentral
-Lampu Isyarat Batu 7 Kota Sentosa
-Lampu Isyarat Batu 10 Jalan Penrissen
-Lampu Isyarat Jalan Batu Kawa/ Taman Desa Wira