Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian merakam kenangan bersama pemain industri jentera berat selepas Majlis Perasmian Zoomlion Product Series di Siburan, Kuching. Foto: Connie (TVS).

Belia diseru sertai peluang pekerjaan sektor teknologi hijau – Dr Sim

ByConnie Grace

SIBURAN, 28 Jun: Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian menyeru rakyat di negeri ini khususnya belia untuk menyertai pelbagai sektor yang melibatkan teknologi hijau.

Beliau meminta golongan itu tangkas merebut peluang sedia ada agar mereka layak untuk mengendalikan peluang pekerjaan di bawah sektor tenaga hijau yang sedang diusahakan oleh kerajaan negeri ini.

“Belia di Sarawak perlu memulakan langkah dan mengambil peluang berkenaan teknologi hijau yang sedang diusahakan oleh negeri kita buat masa ini iaitu tenaga hidrogen.

“Negeri kita amat kaya dengan sumber semula jadi dan sebagai contoh Sarawak mempunyai kilang hidrogen pertama di Bintulu menerusi kerjasama syarikat dari luar negara dan jentera berat amat sesuai menggunakan tenaga hidrogen,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Zoomlion Product Series di Siburan, pada Rabu.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Sim berkata, Sarawak mengalu-alukan teknologi baharu yang diperkenalkan Zoomlion, pengeluar jentera berat dari China yang mengaplikasikan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam pengeluarnya.

Dr Sim mendedahkan ia merupakan satu usaha yang Sarawak boleh pelajari di bawah Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0) serta sekali gus mengatasi isu kapasiti dalam mempercepatkan perlaksanaan pelbagai projek di sini.

“Masalah kita bukannya kewangan tapi lebih kapasiti dan isu projek sakit sudah berkali-kali ditekankan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg,” jelas beliau.

Dalam pada itu beliau menekankan Sarawak nekad bergerak ke hadapan terutamanya untuk mencapai Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

“Banyak projek mega yang mahu dilaksanakan Sarawak dengan suntikan teknologi baharu diyakini akan mempercepatkan usaha berkenaan,” tegas beliau.  -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan