Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Peniaga daging kelihatan sibuk melapah daging dan menggantung tulang untuk dijual kepada pelanggan sempena hari mantai menjelang Ramadan di Pasar Ampangan. Foto: Bernama.

Tempahan lembu korban di Sarawak berkurangan, harga naik lebih 20 peratus

ByAmirah Shawel

KUCHING, 27 Jun: Tempahan lembu bagi ibadah korban di Sarawak pada tahun ini berkurangan dari tahun sebelumnya berikutan kenaikan harga ternakan itu melebihi 20 peratus.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (MFICORD), Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata antara faktor yang turut mempengaruhi tempahan lembu korban merangkumi kenaikan kos input dan keadaan ekonomi semasa.

“Sebelum pandemik Covid-19 harga bagi berat 300 kilogram (kg) hingga 350 kg lembu dianggarkan bernilai RM6,000 seekor. Namun, kini harga lembu bagi berat 300 hingga 350 kilogram (kg) mencecah sehingga RM7,000, sementara harga lembu dengan berat 450 kg hingga 500kg boleh cecah RM10,000 seekor.

“Kenaikan kos input seperti bahan makanan, kekurangan pekerja ladang dan nilai ringgit menurun juga mempengaruhi permintaan bagi lembu korban,” katannya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Rundi memberi jaminan bahawa bekalan lembu bagi tujuan ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha yang dirai pada Khamis, 29 Jun ini adalah mencukupi.

Pada tahun ini, menurut Rundi, Sarawak mengimport 1,300 ekor lembu dari Australia, 80 ekor dari Sabah manakala selebihnya dibekal oleh pengeluar tempatan.

Sementara itu, MFICORD menyasarkan pengeluaran lembu sehingga 10,000 ekor menjelang 2030 bagi mengurangkan kebergantungan untuk mengimport dari Australia dan Sabah.

“Sarawak tidak boleh mengimport dari Semenanjung dan Indonesia kerana penyakit Kuku dan Mulut (FMD). Sarawak masih diiktiraf bebas penyakit FMD tanpa vaksinasi oleh Badan Kesihatan Haiwan Sedunia,” katanya.

Lembu bagi ibadah korban boleh didapati dari pengeluar yang dipantau oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak.

Antaranya ialah Sara Citra Cattle Farm (Kuching), Mucow Malaysia Farm (Sri Aman), Alam Bumijaya Karabungan (Miri), Mayang Cattle Feedlot SALCRA (Serian) serta dari penternak individu di seluruh Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan