Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ditemui TVS selepas majlis makan malam bersama menteri-menteri tempatan di Auckland di sebuah hotel semalam. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Sarawak berhasrat jalin kerjasama dengan ahli RISEAP terajui pendidikan, industri halal

ByDouglas Elliot

AUCKLAND, 27 Jun: Sarawak berhasrat menjalin kerjasama dan memanfaatkan kepakaran ahli anggota Majlis Dakwah Islam Wilayah Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) bagi memajukan bidang pendidikan dan industri halal.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata hasrat itu bertujuan untuk mewujudkan kerjasama timbal balik sesama negara anggota.

“Kita (Sarawak) menawarakan peluang bagi pelajar di negara RISEAP untuk belajar di Sarawak bagi memupuk budaya bersifat antarabangsa antara pelajar tempatan dan antarabangsa.

“Dalam masa yang sama, saya mencadangkan agar kita menghantar pelajar Sarawak ke New Zealand atau negara Islam minoriti lain supaya mereka dapat belajar dan berkongsi kefahaman antara satu sama lain,” katanya ketika ditemui TVS di sini, pada Isnin.

Abang Johari ketuai delegasi RISEAP di New Zealand

Terdahulu pada Isnin, Abang Johari telah mengadakan sesi perbincangan bersama RISEAP, yang mana beliau menekankan kepentingan pertukaran dan pemerolehan pengetahuan.

Sementara itu, beliau juga meluahkan keinginan Sarawak untuk memantapkan industri makanan dan pertanian dengan bergiat aktif dengan negara pengeluar makanan seperti New Zealand, khususnya dalam industri halal.

“Kita akan bawa rakyat Sarawak ke sini bagi mewujudkan rangkaian kerana kita ingin mengeksport makanan kita.

“Mereka sangat maju dalam sektor ini dan kita berharap kerjasama antara negara anggota RISEAP ini akan menghasilkan buah,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan