Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang Dipertua MIS Datuk Misnu Taha bercakap pada sidang media Muktamar Masjid Serantau di Bangunan Majma di sini hari ini. Foto: TVS.

Muktamar Masjid-Masjid Serantau 2023 serikan Sambutan 60 Tahun Kemerdekaan Sarawak

KUCHING, 27 Jun: Dianggarkan 900 jemputan termasuk dari negara jiran Indonesia dan Brunei Darussalam bakal menyertai Muktamar Masjid Serantau 2023 (MMMS2023) pada 5 dan 6 Julai 2023 di Hotel Pullman, di sini, kata Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS) Datuk Misnu Taha.

Menurut beliau persidangan anjuran MIS itu bakal disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Misnu menambah penganjuran kali ini menyerikan dengan inti pati Sambutan 60 Tahun Kemerdekaan Sarawak.

” Untuk kali ini MMMS2023 akan bertemakan Masjid Makmur Ummah Sejahtera.

“Persidangan ini juga akan menyediakan satu avenue untuk masjid-masjid di rantau ini berkongsi peranan, pengalaman, pemikiran dan juga dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan pengetahuan pembangunan masjid-masjid serantau,” katanya

Beliau berkata demikian pada sidang media Muktamar Masjid Serantau di sini hari ini.

Misnu dalam pada itu memberitahu persidangan itu juga turut bertujuan untuk memperuntukkan satu kepentingan kepada institusi masjid sebagai pusat pengimarahan, pemantapan ibadah dan pusat penyebaran ilmu dalam kalangan komuniti.

Selain berkongsi berkenaaan usaha, inovasi dan kreativiti dalam pengikmarahan masjid, Misnu mendedahkan lagi persidangan dua hari itu turut memfokuskan kepada masjid sebagai sebuah model pembangunan lestari.

Pada MMMS2023, pelbagai pengisian bakal dihidangkan termasuk pembentangan kertas kerja utama oleh Yang Dipertua MIS serta forum yang antara lain membincangkan dinamik pengurusan masjid dalam pemerkasaan ekonomi kariah serta masjid sebagai lambang kemegahan Daulah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan