Mesyuarat dua hala antara Timbalan Perdana Menteri Laos yang juga Menteri Luar Saleumxay Kommasith dan Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul KadirĀ berlangsung di Vientiane, ibu negara Laos, pada Isnin.
Kedua-dua menteri mengkaji semula kerjasama antara Laos dan Malaysia sejak jalinanĀ hubungan diplomatik pada 1966 dan bersetuju mengenai nilai persahabatan dan kerjasama kedua-dua negara yang telah menyaksikan pertumbuhan berterusan selama bertahun-tahun dalam bidang seperti pertahanan, perdagangan, pelaburan, tenaga, pendidikan dan perbankan, lapor Xinhua memetikĀ Agensi Berita Lao.
Kedua-dua negara akan terus bekerjasama dan menyokong antara satu sama lain di peringkat serantau dan antarabangsa, terutamaĀ dalam rangka kerja ASEAN dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Pada mesyuarat itu, kedua-dua menteri turut membincangkan persiapan Laos untuk mengambil alih jawatan pengerusi ASEAN dan melancarkan program pelancongan Tahun Melawat Laos pada 2024.
Saleumxay merakamkan ucapan terima kasih atas sokongan dan bantuan daripada kerajaan dan rakyat Malaysia, khususnya bantuan pembangunan sumber manusia yang disediakan melalui Program Kerjasama Teknikal Malaysia, dana latihan serta bantuan semasa penularan wabak COVID-19, menurut laporan itu.