Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Abdullah Saidol

Gubal undang-undang lebih tegas tangani masalah ‘scam’ – Abdullah

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KOTA SAMARAHAN, 27 Jun: Kerajaan seharusnya bertindak segera dalam menggubal undang-undang lebih tegas bagi melindungi masyarakat daripada menjadi mangsa penipuan dalam talian (scam) yang semakin berleluasa.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak), Datuk Abdullah Saidol berkata isu scam pernah dibangkitkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat.

Malah, isu berkenaan sering dibincangkan dalam perjumpaan dengan agensi-agensi berkaitan seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia.

“Dalam program kesedaran yang sedang dirangka, pihak berkuasa juga sedang mempertimbangkan undang-undang yang akan memperkenalkan tindakan tegas terhadap penjenayah scam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Cetusan Inspirasi Pelajar Tahun Akhir (CIPTA) 2023 di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini, hari ini.

Menurutnya, syarikat telekomunikasi dan bank juga seharusnya bertindak lebih serius atau menyemak semua garis panduan dan proses perkhidmatan mereka.

Dua pihak berkenaan juga mesti memperketatkan proses pendaftaran dan keselamatan penggunaan sesuatu nombor talian telefon dan memantau proses membuka akaun atau transaksi di bank yang mencurigakan.

“Saya beranggapan aktiviti penipuan atau scam melalui talian telefon adalah jenayah berat yang menyebabkan kerugian berjuta ringgit dan menjejaskan kehidupan mangsa. Kempen kesedaran harus juga diperhebatkan,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan