Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadillah Yusof (dua, kanan) beramah mesra bersama para hadirin ketika hadir pada Majlis Sembang Santai Alumni Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) di sebuah hotel di sini malam ini.Foto Bernama.

Fadillah saran belia dalam sektor perladangan lakukan penyelidikan

ByBernama

KUALA TERENGGANU, 26 Jun: Golongan belia yang berkecimpung dalam bidang perladangan digalakkan supaya terlibat dengan penyelidikan agar dapat memanfaat perkembangan teknologi mekanisasi dan automasi dalam sektor itu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata dengan adanya penyelidikan, para peladang bukan sahaja mampu mengendalikan teknologi sedia ada malah mereka juga berupaya mencipta teknologi baharu.

“Mereka juga digalakkan terlibat dengan penyelidikan supaya bukan sahaja tahu menggunakan mesin tetapi juga boleh mencipta mesin yang sesuai dalam sektor perladangan tak kiralah kelapa sawit, getah dan sebagainya,” kata beliau kepada pemberita selepas Majlis Sembang Santai bersama Alumni Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung di sini malam ini.

Menteri Perladangan dan Komoditi itu berkata penggunaan teknologi mekanisasi dan automasi dalam sektor perladangan juga mampu meningkatkan pendapatan sekali gus menarik lebih banyak penglibatan belia dalam bidang tersebut.

Beliau berkata antara cabaran negara ialah banyak bergantung kepada pekerja asing dalam sektor perladangan, justeru strategi seumpama itu mampu mendorong lebih banyak golongan muda terutama generasi kedua peladang berminat untuk meneruskan legasi mereka.

“Dengan memodenkan sektor ini, diharap dapat menarik belia berminat dan berkecimpung dalam bidang perladangan,” katanya.

Fadillah berkata perkara itu terbukti apabila Sime Darby Plantation mampu menggaji 70 peratus pekerja tempatan kerana menggunakan teknologi mekanisasi.

Beliau berkata golongan belia juga perlu sedar bahawa bidang perladangan sebenarnya mampu menawarkan gaji yang setimpal lebih-lebih lagi jika pekerja mempunyai kemahiran.

“Ada yang berpendapatan purata RM3,000 sebulan walaupun hanya ada sijil vokasional… Gaji bergantung kepada pengetahuan dan kemahiran. Kalau ada kemahiran, gaji dibayar setimpal,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan