Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli jemaah bertungkus lumus menumbangkan lembu sado baka Charolais seberat 1.2 tan bernama 'Gemuk' untuk dikorbankan sempena Aidiladha pada Majlis Perlaksanaan Korban Ikhlas 2022 di Masjid Al-Ikhlasiah hari ini. Foto: Bernama
Ahli jemaah bertungkus lumus menumbangkan lembu sado baka Charolais seberat 1.2 tan bernama 'Gemuk' untuk dikorbankan sempena Aidiladha pada Majlis Perlaksanaan Korban Ikhlas 2022 di Masjid Al-Ikhlasiah hari ini. Foto: Bernama

Bekalan lembu korban di Sarawak mencukupi

KUCHING, 27 Jun: Bekalan lembu di Sarawak bagi penyembelihan sempena Aidiladha yang akan disambut pada Khamis ini adalah mencukupi.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata negeri itu memerlukan sekitar 1,500 hingga 2,000 ekor lembu setiap tahun bagi ibadah korban.

Beliau berkata pada tahun ini, sebanyak 1,300 ekor lembu telah diimport dari Australia, 80 ekor dari Sabah dan 500 ekor dibekal pengeluar tempatan.

“Tempahan lembu korban pada tahun ini juga berkurangan berbanding tahun sebelumnya disebabkan kenaikan harga lembu lebih 20 peratus. Kenaikan kos seperti bahan makanan, kekurangan pekerja ladang, nilai ringgit menurun dan keadaan ekonomi semasa juga mempengaruhi bilangan lembu korban.

“Sebelum pandemik COVID-19, harga lembu seberat 300 kilogram (kg) hingga 350kg dianggarkan RM6,000 seekor, namun kini harga telah mencecah hingga RM7,000. Bagi lembu seberat 450kg hingga 500kg pula boleh mencecah RM10,000 seekor,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Dr Rundi berkata haiwan korban yang ditempatkan di masjid, surau atau kampung hendaklah dijaga kebajikannya selain memastikan lembu betina tidak mengandung.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan