Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anjing dilihat berlari di Pantai Berawa, Canggu, Bali yang kini 'diserang' wabak rabies.Foto: David Andreas (TVS)

Bali ‘diserang’ wabak rabies, 29 daerah diisytihar zon merah

ByTVS

JAKARTA, 27 Jun: Perkhidmatan Kesihatan Bali mengisytiharkan 29 daerah di pulau itu sebagai kawasan zon merah susulan penularan wabak rabies.

Keputusan berkenaan diambil selepas 49 ekor anjing didapati positif wabak itu.

Sebanyak 275 kes turut direkodkan sejak Mei lepas dengan membabitkan tiga kematian termasuk kanak – kanak.

Ketua Perkhidmatan Kesihatan Haiwan Wilayah Bali, Made Santiarka berkata, sebanyak 19,035 kes gigitan anjing direkodkan pada tahun ini.

“Secara purata kita menerima laporan sebanyak 126 gigitan kes sehari di Bali.

“Berdasarkan perkembangan ini, kita perlu bertindak cepat untuk mencegah penularan wabak ini dengan mewujudkan zon merah di beberapa kawasan yang boleh dikawal,” katanya.

Susulan status zon merah itu, Santiarka berkata, aktiviti keluar masuk untuk kegiatan pelancongan akan dihadkan.

Sementara itu Kementerian Kesihatan Indonesia telah menghantar 39,000 dos vaksin anti rabies ke pulau berkenaan.

Pihak berkuasa Bali kini masih menunggu 74,000 dos vaksin rabies.

Dianggarkan terdapat 700,000 ekor anjing di pulau itu dan pemilik diminta segera memvaksin anjing mereka. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan