Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Bukit Assek, Joseph Chieng Jin Ek merakamkan gambar kenangan bersama pelajar cemerlang SPM pada majlis penyerahan insentif pelajar cemerlang SPM di dewan SMK Bukit Assek hari ini. Foto: TVS.

36 pelajar cemerlang SPM di SMK Bukit Assek terima insentif

SIBU, 27 Jun: Seramai 36 orang pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Assek menerima insentif hari ini.

Penyerahan insentif berkenaan disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Joseph Chieng Jin Ek di satu majlis ringkas di dewan sekolah berkenaan.

Beliau memberikan insentif kepada pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang iaitu 5A dan ke atas dalam peperiksaan SPM di kawasan Bukit Assek sejak tahun lepas.

Berkongsi kegembiraan bersama semua melalui insentif tersebut, beliau juga percaya insentif itu merupakan satu ganjaran bagi usaha pelajar-pelajar cemerlang berkenaan.

“Kejayaan pelajar-pelajar cemerlang ini bukanlah sekadar satu pencapaian peribadi, tetapi juga satu pencapaian yang membanggakan keluarga dan masyarakat. Anda adalah harapan untuk masa depan negara ini.

“Saya amat berbangga melihat bakat dan kebolehan yang anda tunjukkan. Saya berharap agar anda semua terus berusaha dengan gigih dan mengambil peluang yang ada untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan insentif pelajar cemerlang SPM di Dewan SMK Bukit Assek hari ini.

Beliau turut berharap semoga kejayaan yang dicapai akan menjadi inspirasi rakan-rakan yang lain untuk berusaha dengan gigih.

Dalam pada itu, Pengetua SMK Bukit Assek Abdul Rahman @ Nicholas dalam ucapan beliau turut berharap agar Chieng dan wakil-wakil rakyat yang lain terus memberikan sokongan kepada sekolah berkenaan.

Beliau turut menyeru agar pelajar-pelajar yang bakal menduduki SPM akan datang berusaha untuk melakar kejayaan yang lebih baik dengan sasaran gred purata sekolah (GPS) sebanyak 4.35. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan