Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merasmikan Majlis Makan Malam dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Cawangan Negeri Sarawak Ke-24 Tahun 2023, di Kuching, malam tadi.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merasmikan Majlis Makan Malam dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Cawangan Negeri Sarawak Ke-24 Tahun 2023, di Kuching, malam tadi. Foto: Ahmad Nasrullah (TVS)

Sarikei lahirkan ramai atlet antarabangsa, kemudahan sukan perlu ditambah

ByFebbright James

SARIKEI, 25 Jun: Pembangunan fasiliti sukan di kawasan ini akan terus diberi penekanan bagi melahirkan lebih ramai atlet hebat, kata Datuk Len Taliff Salleh.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak berkata, Sarikei sebelum ini banyak melahirkan atlet yang mengharumkan nama Malaysia dan Sarawak di pentas antarabangsa.

“Sebab itu kita memberi penekanan kepada pembangunan kemudahan sukan.

“Kita akan terus mengenal pasti jenis sukan yang berpotensi di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir acara ‘Flag-Off’ Konvoi Kembara Sarawak Merdeka ke Kampung Selalang di Dewan Suarah Sarikei di sini hari ini.

Antara atlet Malaysia berasal dari Sarikei yang pernah meraih pingat emas acara padang pada pentas Sukan SEA termasuklah Wong Tee Kui dan Grace Wong.

Sarikei turut melahirkan atlet olahraga hebat lain seperti Jackie Wong Siew Cheer dan Jackson Wong.

Sementara itu Len Taliff yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang berkata, sukan menjadi alternatif untuk memastikan penglibatan belia dalam pelbagai sektor.

“Kita akan gunakan apa sahaja peluang bagi memastikan penglibatan belia termasuk pendidikan, sukarelawan dan sebagainya. Sukan juga merupakan salah satu bidang yang dikenal pasti,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan