Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Awang Putrayusrie Awang Redzuan semasa sesi bergambar pada Majlis Perjumpaan Pasukan SUKMA Bola Sepak Sarawak Tahun 1990 di Kuching, semalam. Foto: TVS

Pembangunan infrastruktur lengkap dapat lahirkan pemain bola sepak terbaik di Sarawak

KUCHING, 26 Jun: Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) menganjurkan Majlis Perjumpaan Pasukan Sukan Malaysia (SUKMA) Bola Sepak Sarawak Tahun 1990 bagi mengimbau kembali kenangan yang telah dicipta pasukan tersebut.

Dalam majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Awang Putrayusrie Awang Redzuan menyuarakan, pembangunan infrastruktur antara faktor yang penting untuk melahirkan pemain pasukan bola sepak yang terbaik di Sarawak.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Awang Putrayusrie Awang Redzuan berucap pada Majlis Perjumpaan Pasukan SUKMA Bola Sepak Sarawak Tahun 1990 di Kuching, semalam. Foto: TVS

“Bukan setakat pembangunan bola sepak pemain, kita juga melihat dari segi pembangunan infrastruktur sukan seperti padang, jurulatih dan penaja. Bukan setakat di Kuching tetapi di bahagian lain kita juga akan bangunkan bagi melahirkan pemain yang terbaik untuk Sarawak.

“Saya rasa kita tidak terlambat dan SSC dan Majlis Sukan Negeri (MSN) akan membantu mengemudi pambangunan sukan bola sepak  di Sarawak,” katanya ketika berucap di majlis itu semalam.

Tambahnya, ibu bapa juga perlu memainkan peranan mereka kerana dorongan mereka amat besar bagi melahirkan seorang atlet.

“Ibu bapa perlu memberi dorongan kepada anak-anak yang meminati bidang sukan dengan menghantar mereka ke Akademi Program Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan (NFDP) Malaysia dan Pusat Latihan Daerah (PLD) NFDP di Sarawak,” katanya lagi.

Hadir sama Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak Tahun 1990, Abang Zulkarnain Abang Abdul Rahman dan Penolong Jurulatih Bola Sepak Sarawak Tahun 1990, Kapten Ibrahim Mentali.

Untuk rekod, Sarawak telah memenangi Sukan Malaysia (SUKMA) 1990 dengan membawa balik sebanyak 79 pingat, 44 emas, 17 perak dan 18 gangsa.

Sebanyak 17 kontinjen telah menyertai temasya tersebut dan merupakan kali pertama diadakan di Malaysia Timur. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan