Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Stephen Rundi ketika berucap pada makan Malam Gawai Dayak Sempena Pesta Medamit 2023. Foto: TVS

Masyarakat Dayak ubah pemikiran untuk maju – Dr Stephen Rundi

LIMBANG, 26 Jun: Masyarakat Dayak khususnya di luar bandar disaran supaya mengubah pemikiran untuk mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang, kata Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.

Beliau yang juga Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak berkata, masyarakat Dayak juga perlu bergerak pantas seiring dengan masyarakat lain agar sama-sama dapat menyumbang kepada pembangunan negara.

Katanya perkembangan dunia globalisasi memerlukan perubahan minda bagi membolehkan mereka maju.

“(Ini kerana) kejayaan tidak datang dengan mudah, anda perlu berusaha untuk mencapainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Gawai Dayak Sempena Pesta Medamit 2023 di Dewan Terbuka Nanga Medamit, Limbang malam tadi.

Turut hadir, Timbalannya, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Paulus Palu Gumbang dan Timbalan Pengerusi Serakup Dayak Iban Sarawak (SADIA) Limbang, Jangan Bakar.

Sementara itu, Stephen Rundi turut menyarankan agar masyarakat Dayak menerokai pelbagai bidang baharu.

“(Kita) tidak boleh bergantung hidup kepada satu bidang sahaja.

“Masyarakat Dayak perlu belajar dengan kaum lain seperti kaum Cina yang ramai berjaya dalam ekonomi,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan