Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah menyampaikan sumbangan pada Majlis Penyerahan Kumpulan Wang Wakaf Sarawak (EFS) di Hospital Sarikei, pada hari ini. Foto: TVS

Kerajaan Sarawak pandang serius isu keselamatan premis prasekolah

SARIKEI, 26 Jun: Kerajaan Sarawak memandang serius masalah membabitkan keselamatan premis prasekolah di negeri ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, Kerajaan Sarawak mengutamakan persekitaran prasekolah yang selamat.

Katanya, kerajaan juga mahu semua institusi prasekolah mematuhi peraturan keselamatan sebelum boleh didaftarkan.

“Apabila sesebuah institusi prasekolah berjaya didaftarkan dan diberikan lesen, bermakna institusi prasekolah tersebut selamat. Jika tidak diberi lesen, bermakna institusi prasekolah tersebut belum mempunyai perakuan keselamatan. Kita juga menitikberatkan pihak yang bertugas di dalam institusi prasekolah iaitu pengawal keselamatan dan guru-guru.

“Sekurang-kurangnya ada tapisan dalam memilih pekerja institusi prasekolah supaya kita tahu bahawa mereka boleh dipercayai,” katanya kepada media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Endowment Fund Sarawak (EFS) di Hospital Sarikei, hari ini.

Fatimah berkata insiden pencerobohan di sebuah tabika di Tanjung Manis baru-baru ini berlaku di luar kawalan.

Malah katanya, pihak pengurusan tabika juga telah mengambil langkah sewajarnya bagi mengelakkan kejadian itu daripada berlaku.

“Bagi kes di luar jangkaan, di mana dari segi masalah kesihatan mental, orang yang datang masuk menceroboh Tadika di Tanjung Manis baru-baru ini berada di bawah pengaruh dadah. Ini membawa kepada isu lain iaitu penyalahgunaan dadah sehingga mendatangkan bahaya kepada orang lain,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan