Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Inspektor wanita yang tular di media sosial baru-baru ini dihadapkan di dua Mahkamah Majistret Selayang di sini atas dua pertuduhan. Foto Bernama.

Inspektor Sheila ditahan kerja – Bukit Aman

ByBernama

KUALA LUMPUR, 26 Jun: Seorang inspektor percubaan wanita yang tular di media sosial baru-baru ini dikenakan tindakan perintah tahan kerja, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad.

Beliau berkata tindakan tatatertib itu diambil selepas inspektor wanita berkenaan iaitu Sheila Sharon Steven Kumar dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang hari ini atas tiga pertuduhan jenayah iaitu dua di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan satu di bawah Seksyen 506 kanun sama.

Pegawai polis wanita tular hina anggota ditahan

“Perintah tahan kerja itu mengikut Seksyen 78 Akta Polis 1967 dan telahpun disempurnakan. Sehubungan itu segala kuasa, hak dan keistimewaan sebagai seorang pegawai polis adalah tergantung sehingga diputuskan pihak berkuasa tatatertib,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Pegawai polis wanita tular hina anggota ditahan

Terdahulu, Sheila Sharon, 35, didakwa atas dua pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal dan seorang pemuda serta satu tuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap seorang wanita warga emas.

Dia mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan dan mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 7 Ogos ini untuk sebutan semula kes. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan