Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Indonesia Joko Widodo menerima kedatangan daripada wakil tetap Malaysia, Dato Syed Md Hasrin Syed Hussin beserta isteri di Istana Merdeka petang tadi. Foto: Biro Pers Istana (BPMI)

Duta Malaysia serah watikah perlantikan kepada Presiden Indonesia

ByTVS

JAKARTA, 26 Jun: Presiden Indonesia, Joko Widodo menerima watikah perlantikan daripada duta baharu Malaysia ke negara ini, Datuk Syed Md Hasrin Syed Hussin.

Majlis penyerahan berlangsung di Istana Merdeka hari ini.

Syed Md Hasrin turut menyampaikan salam takzim Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kepada Presiden Indonesia.

Syed Md Hasrin berkata, beliau berhasrat untuk mengukuhkan kerjasama sedia ada membabitkan Malaysia dengan Indonesia.

Sementara itu, Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi berkata, penyerahan tauliah oleh lapan utusan asing termasuk dari Malaysia pada majlis itu akan meningkatkan hubungan dan kerjasama.

Syed Md Hasrin sebelum ini berkhidmat sebagai wakil tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York sejak 2019 selain pernah berkhidmat di Indonesia dan Emiriah Arab Bersatu. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan