Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Lee Kim Shin pada Majlis Ngiling Bidai anjuran Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) di sebuah hotel di sini, hari ini. Foto: Hafeezzur Muzamir (TVS)

Bekas Ketua Pengarah DCA bantu penubuhan syarikat penerbangan Sarawak

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 26 Jun: Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) mengesahakan berjaya mendapatkan khidmat bekas Ketua Pengarah Penerbangan Awam (DCA) bagi membantu penubuhan syarikat penerbangan negeri.

Menterinya, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, pegawai berkenaan yang telah bersara akan membantu MOTS dalam aspek pelesenan dan sebagainya.

“MOTS bertuah kerana berjaya mendapatkan khidmat beliau,” katanya ketika berucap pada Majlis Ngiling Bidai kementerian itu di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut), Dato Henry Harry Jinep dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap Yau Sin.

Sementara itu beliau memberitahu, MOTS mengutamakan pengambilan pegawai berpengalaman yang mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang berbanding menggunakan khidmat perunding berbayar bagi membantu kementerian itu.

Keputusan itu menurut Kim Shin diambil kerana fungsi kementeriannya yang kritikal.

“Sehubungan itu kita memerlukan khidmat mereka yang berpengalaman serta pakar dalam sektor pengangkutan yang boleh mengurangkan banyak kesilapan.

“Sebelum ini terdapat perunding yang mengatakan mereka bersedia namun melakukan banyak kesilapan yang menyebabkan MOTS perlu tampil memperbetulkannya,” katanya.

Tambah beliau perlantikan itu juga merupakan satu keperluan bagi melicinkan penubuhan syarikat penerbangan butik Sarawak.

“Jika bercakap mengenai syarikat penerbangan, sudah tentu kita memerlukan individu yang mempunyai pengalaman dalam industri penerbangan dan kita tidak boleh bergantung kepada perunding,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan