KUCHING, 25 Jun: Rainforest World Music Festival (RWMF) 2023 dilihat sebagai platform yang menyatukan masyarakat pelbagai latar belakang dari seluruh dunia.
Penyanyi kumpulan Afriquoi, Andre Espeut berkata, dia berasa beruntung kerana dijemput untuk membuat persembahan pada festival ini.
Kata artis yang berpengkalan di London itu, dia teruja kerana turut berpeluang bertemu dengan barisan artis lain dari pelbagai negara.
“Ini merupakan pengalaman yang menakjubkan,” jelasnya.
Gipsy Kings featuring Tonino Baliardo tawan hati pengunjung RWMF
Penyanyi itu berkata demikian kepada TVS selepas membuat persembahan di RWMF 2023 di Kampung Budaya Sarawak, Santubong di sini hari ini.
Sementara itu Espeut berkata, sepanjang berada di Sarawak, dia turut mengambil kesempatan untuk memberi sokongan kepada artis tempatan dengan membeli produk mereka.
“Makanan yang dijual menarik. Baju yang saya pakai tadi sebenarnya dibeli di reruai jualan di sini.
Gipsy Kings featuring Tonino Baliardo tawan hati pengunjung RWMF
“Ini sebagai sokongan saya kepada artis tempatan kerana produk mereka sangat bagus. Saya terlupa telah membeli baju itu pada hari sebelumnya,” kongsi Espeut.
Ditanya mengenai persembahannya pada malam penutup RWMF 2023, dia memberitahu berasa teruja melihat ribuan pengunjung terhibur dengan persembahan mereka.
“Sebenarnya ini merupakan kali pertama kami membuat persembahan di sini.
“Pengunjung yang hadir amat menakjubkan. Saya ingin datang lagi,” katanya.
Afriquoi mempersembahankan lagu Sam Sam dan menariknya, muzik yang dibawa oleh mereka menampilkan gabungan muzik Afrika dan elektronik langsung.-TVS