Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan. Foto: Envato

66 peratus setuju elaun pelajar praktikal RM1,000 ke atas

ByNina Azman

KUCHING, 26 Jun: Sebanyak 66.7 peratus pengikut Twitter TVS yang mengambil bahagian dalam undian bersetuju supaya pelajar latihan industri dibayar elaun RM1,000 ke atas.

Tinjauan juga mendapati sebanyak 33.3 peratus lagi berpendapat jumlah yang perlu dibayar ialah RM1,000 dan ke bawah.

KPT, KSM perlu kerjasama wujud dana latihan industri

Undian itu bermula pada 21 Jun lepas dan berakhir hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru – baru ini menyeru supaya syarikat mempertimbangkan pemberian elaun pada kadar yang munasabah kepada pelatih yang menjalani latihan industri.

Bagaimanapun kata beliau, kerajaan tidak menetapkan satu kaedah pembayaran yang jelas kerana latihan itu bukan bersifat paksaan.

Sementara itu, Pengarah Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat, Universiti Putra Malaysia (UPM), Datuk Profesor Dr Abdul Mua’ti Ahmad berkata, beliau melihat latihan industri sebagai peluang kepada pelajar melaksanakan praktikal setelah belajar teori di kampus.

“Maka kami (universiti) harapkan kerjasama daripada organisasi.

“Bayar elaun atau tidak, itu perkara kedua, kalau dibayar, ia sangat membantu,” katanya menerusi hantaran di Facebook.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan