Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Geng Wak Long bakal gegarkan pentas Rainforest World Music Festival (RWMF) 2023 hari ini. Foto: Nina Azman (TVS)

RWMF 2023: Geng Wak Long bakal gegarkan pentas dengan alunan muzik Kelantan

ByMuqri Aziz

KUCHING, 25 Jun: Pernah melakukan penampilan sulung mereka di sebuah program bual bicara waktu pagi santai Nasi Lemak Kopi O, kumpulan Geng Wak Long yang terdiri daripada enam ahli kumpulan itu bakal menggegarkan pentas Rainforest World Music Festival (RWMF) 2023 dengan alunan muzik Kelantan.

Menurut Pengasas Geng Wak Long, Mohd Kamrulbahri Hussin atau disapa Wak Long, mereka juga mahu mewujudkan serta memberi kesedaran di peringkat antarabangsa kepada muzik Kelantan serta berharap untuk mewarisi budaya Kelantan itu kepada anak-anak mereka.

“Walaupun pada asasnya kami bermula sebagai satu usaha komersial namun ia menjadi pendorong kepada kami untuk terus membuat persembahan sehingga hari ini.

“Geng Wak Long mempunyai kepakaran dalam genre seni tradisi Kelantan seperti ‘The Neo Authentive Kelantanese Traditional Music of Malaysia’ dan muzik kotemporari.

“Kami juga memainkan genre lain seperti Fusion (Muzik dunia), Muzik Tradisional Sinkret Malaysia (Ghazal, Muzik Melayu Asli, Gamelan Melayu, Keroncong) dan Muzik Pop Malaysia. Bagi The Neo Authentic Kelantanese Music Traditional, kami mempunyai pelbagai jenis persembahan pentas seperti Wayang Kulit, Dikir Barat, Silat Kelantan, Makyung, Tari Inai, Asyik, Rebana Ubi, Kertuk, Tarik Selampik, Main Puteri@Teri dan Orkestra Tradisional Kelantan.

Ditanya mengenai industri hiburan di Kelantan, Wak Long juga memberitahu penubuhan kumpulan itu juga adalah penting dalam membuka jalan untuk memperkemas dan membantu mengurangkan ‘kemerosotan’ dalam industri hiburan di Kelantan.

“Geng Wak Long diasaskan semasa tradisi disalahertikan, kebanyakannya dijelaskan melalui spektrum mistik yang membawa kepada rasa eksotisme tertentu, yang menarik orang ke sudut pandangan yang kebanyakannya secara dasar dan tidak pernah mendalam.

“Pada masa sama, ia juga memberi kefahaman lebih lanjut tentang negeri Kelantan, budaya yang diamalkan dan masyarakat yang mengamalkannya, kebanyakannya dalam bentuk orang Kelantan, tidak boleh dipisahkan daripada masyarakat penubuhannya,” katanya.

Hasilnya menurut beliau, Geng Wak Long pernah melakukan persembahan di pentas festival antarabangsa yang terkemuka seperti Edinburgh International Arts Festival 2007, Penang International World Music Festival 2008, Jarazum International Jazz Festival 2004, Penang International Jazz Festival 2007, Malaysian Food Fair in Los Angeles and Las Vegas ‘Taste of Malaysia 2008’, Beishan World Music Festival 2011 dan Kuala Lumpur International Music Festival 2007, 2008 dan 2009.

Menariknya juga, Wak Long juga telah menyumbangkan kepakarannya muziknya dalam filem Puteri Gunung Ledang (2004), Baik Punya Ciluk (2005), BUNOHAN (2012) dan Puntianak vs Orang Minyak (2012) serta beberapa penyanyi popular Malaysia seperti Dato Sri Siti Nurhaliza (Royal Albert Hall London 2005), Noraniza Idris (Aura 2005) dan Dayang Norfaizah (Kasih 2006).

Geng Wak Long bakal mengegarkan pentas RMWF 2023 pada hari ini (25 Jun) di Kampung Budaya Sarawak, Kuching. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan