Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebahagian pemain perkusi yang sertai RWMF 2023 meraikan kejayaan mencatat bekod baharu Malaysia bersama Datuk Seri Nancy Shukri di sini hari ini. Foto Nurul Amarlina (TVS).

RWMF 2023 catat rekod baharu Malaysia

ByNazirah Adlina

KUCHING, 25 Jun: Penganjuran Rainforest World Music Festival (RWMF) tahun ini memberi makna tersendiri kepada Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) susulan kejayaan mencipta rekod baharu di Malaysia.

Penyertaan seramai 2,363 pemain perkusi yang memeriahkan RWMF hari ini menyaksikan Malaysia Book of Records (MBOR) mengiktiraf festival berkenaan sebagai pemegang rekod Pemain Alat Perkusi Terbanyak Dalam Festival Muzik.

Ketua Pegawai Operasi MBOR, Christopher Wong berkata, rekod ini merupakan kali pertama dicatatkan di Malaysia.

Kata beliau, pencapaian ini diyakini akan berupaya untuk mengangkat RWMF ke persada dunia sekali gus membawa budaya di Malaysia terutama di Sarawak.

“Ia juga menunjukkan bahawa penganjuran RWMF masih relevan. Kita berharap rekod ini dapat bantu mengekalkan kejayaan festival ini pada tahun akan datang,” katanya.

Ketua Pegawai Operasi MBOR, Christopher Wong ketika ditemui media di RWMF 2023. Foto: TVS

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sijil MBOR kepada Ketua Pegawai Eksekutif STB, Sharzede Datu Salleh Askor.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri dan Pengarah STB, Dennis Ngau.

Setakat 2015, Sarawak telah mencatat kira-kira 60 rekod dalam MBOR. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan