Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Willie Mongin (duduk, tengah) bergambar bersama komuniti Kampung Peninjau ketika Program Ziarah UKAS Ngabang Gawai di Bau. Turut hadir Pengarah UKAS, Samuel Simon (duduk,empat kiri). Foto: TVS

Pendapatan Sarawak meningkat di bawah pentadbiran Abang Johari

BAU, 25 Jun: Pendapatan Sarawak menunjukkan peningkatan yang baik di bawah pimpinan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin berkata, pencapaian itu bertitik tolak daripada pelbagai dasar pentadbiran dan ekonomi yang diperkenalkan oleh Premier Sarawak itu.

Kata beliau, keuntungan itu kemudiannya disalurkan kembali kepada rakyat menerusi pelbagai bentuk bantuan yang diperkenalkan dan pembangunan yang mendatangkan manfaat kepada setiap lapisan masyarakat di Sarawak.

“Kedudukan Sarawak yang mempunyai pelbagai rizab dan sumber asli turut meningkatkan potensi sebagai penghasil sumber tenaga boleh diperbaharui.

“Ini telah menarik minta pelabur sekali gus memperkasakan perkembangan ekonomi kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ziarah Ngabang Gawai anjuran Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di Kampung Peninjau Lama di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah UKAS, Samuel Simon.

Berhubung langkah meneroka sektor ekonomi baharu pula, Willie berkata, keputusan itu tepat pada masanya kerana seluruh dunia telah bergerak ke arah ekonomi hijau berikutan faktor perubahan iklim.

“Pada masa akan datang, pelabur akan beralih kepada negara atau wilayah yang mempunyai sekurang-kurangnya 20 peratus kemampuan penghasilan tenaga boleh diperbaharui untuk menanam modal.

“Berpandukan perkara ini, kita sudah menyediakan platform yang sesuai dan persekitaran yang kondusif untuk pelabur datang,” katanya.

Sementara itu beliau menjelaskan, kerajaan sentiasa berusaha untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat di negara ini.

“Memang kita tidak boleh selesaikan jutaan masalah rakyat, tetapi kita melaksanakan berdasarkan kemampuan dimiliki,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan